Thursday, November 19, 2009

Alhamdulilah,segala puji dan syukur dipanjatkan kepada ALLAH S.W.T,Tuhan yang Maha Agung yang tidak pernah sesaat pun terlalai memerhatikan kita.Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi S.A.W,kaum keluarganya,para sahabat,para tabiein para pejuang Islam disepanjang zaman yang telah berjuang sehingga kita tersentuh dengan nikmat Iman dan nikmat Islam…

Alhamdulilah,berakhirnya sesi menuntut ilmu semester 3 di bumi kampus yg permai ini,,selepas sahaja menyelesaikan paper Organizational behavior kelmarin..kini,masih berbaki 5 semester lagi untuk saya teruskan perjuangan dalam mencari ilmu...hari-hari yang mendatang InsyaALLAH ditempuhi dengan sabar dan tabah…InsyaALLAH..

Rasa terlalu lama tidak mengarang,tidak menulis…tidak bertinta ayat2 yang meluahkan segala yang terbuku di hati..sebelum ini,hanya sentiasa mengarang diminda akal sahaja..hari-hari berangan untuk mengarang n menulis,,hendak tahurasanya apabila diri reti untuk menulis..mungkin disebabkan kurangnya membaca..maka idea untuk mencipta kata-kata sukar untuk dilakukan..Mungkin juga saya tidak pernah untuk mencuba mencipta,mengarang dan menulis..
InsyaALLAH dengan cuti sebulan ini akan saya penuhi dengan membaca bahan ilmiah dan belajar untuk mengarang.hehe..mungkin selepas ini blog ini lebih terhias dengan karya saya sendiri,InsyaALLAH..
::Sahabat2 yang dirahmati ALLAH sekalian,sudilah kiranya berkongsi dengan saya tips2 mengarang dan menulis dengan baik,,tegurlah saya sekiranya selepas ini penulisan saya tidak bersesuaian dan tidak elok bahasanya::



Monday, November 16, 2009

KELEBIHAN 10 HARI-HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 malam-malam terakhir Ramadhan.Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 hari-hari pertama dalam bulan Zulhijjah?Iman Al Bukhari rahimullah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini iaitu 10 Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di Jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)

Imam Ahmad r.a dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini,oleh itu,perbanyakkanlah padanya Tahlil (la Ilaha Illa Allah),Takbir (Allah Akbar) dan Tahmid (Alhamdu Lillah)

Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a bahawa baginda s.a.w bersabda ”Seutama-utama Hari adalah Hari Arafah”

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.Banyak Hadis menyatakan kelebihan ibadah ini diantaranya : Sabda Nabi s.a.w : Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan Haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga.

2. Berpuasa pada hari-hari terebut atau sekadar kemampuanya-terutamanya pada hari Arafah.Tidak dinafikan bahawa puasa adalah amalan di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan ALLAH,seperti yang dinyatakan di dalam Hadis Qudsi, Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya,makanan dan minumannya semata-mata keranaKu

3. Takbir (Alluhu Akbar) dan berzikir padanya, firman ALLAH s.w.t yang bermaksud (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum),hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibn Umar r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya Tahlil(La Illaha Illa Allah),takbir(Allah Akbar) dan Tahmid(Alhamdulillah)

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampuanan dan rahmat Allah.Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Alah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad,membaca alQuran meyeru kepada kebaikan,mencegah kepada kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardhu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan)pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11,12,dan 13 Zulhijah) Ia merupakan sunnah Nabi Ibrahim a.s setelah Allah mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan),hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kkkunya dan di dalan rowayat lain : Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat)ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan ketika mengerjakan haji dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah,maksudnya, Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan yang dibawa unutuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah itu sampai ke tempatnya. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemnya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan meggosokkan kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat sunat hari raya secara berjemaah,mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah berzikir,bersyukur, menunaikan perintah-Nya,menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunan.

Saturday, October 10, 2009

Salam kepada diri ini, semoga diri ini sentiasa sentiasa membuat amalan yang diredhai oleh Allah S.W.T… malah tidak juga tinggal amalan yang membuatkan diri bertaqarub kepada Allah Yang Maha Esa…

Wahai diri…
Cinta mu hanyalah untuk Allah S.W.T
Bukanlah cinta manusia yang patut engkau kejari…
Tetapi Cinta Ilahi yang patut kejari…
Kerna Cinta Ilahi tiada penghujungnya…
Akan tetapi, Cinta manusia akan padam…
Ikhlaskan dirimu dalam bertaqarub kepada Allah…
Jangan dikejari cinta pemuda yang tiada jaminan…
Tetapi kejarilah cinta Allah yang sentiasa berbalas….
Saat ini…
Diri ini sentiasa resah dan bersalah…
Kerna hati ini telah dikelirukan dengan cinta kepada insan lelaki…
Selama ini aku menjaganya dari mencintai lelaki…
Namun sekarang…
Hati aku bergetar tanpa sebab…
Tanpa suara, tanpa tanda, tanpa kesan…
Ia terbit dalam hatiku yang kecil ini…
Layakkah aku menerima kehadiran perasaan ini?
Sedangkan tika ini aku mahu mencari ketenangan dgn mencintai Allah…
Perlukah ada cinta lain tika aku mengejar cinta Allah..
Betapa dosanya aku, kerna telah melalaikan hati sendiri…
Biarpun...
Tiada kata-kata yang diluahkan…
Tiada perbuatan yang mengambarkan…
Tiada tanda untuk ditunjukkan…
Hati ini masih berdebar-debar…
Tatkala menghadapi situuasi begini…
Aku hamper tewas dengan diri sendiri…
Saat ini…
Aku rasa rendahnya nilai diri ini…
Kerna aku mengingatkan orang lain agar menjaga hati…
Tetapi aku juga telah jatuh ke gaung yang sama…
Apa yang telah aku lakukan pada diri ini?
Sesungguhnya aku telah menzalimi hati ini…
Dengan cinta kepada pemuda soleh itu…
Tetapi siapalah aku untuk mendapat cintanya…
Kerna sudah pasti cintanya,
Untuk wanita yang mencintai Allah dengan sepenuh jiwa…
Akan tetapi aku…
Dugaan sekecil ini pun aku tidak mampu tempis,
Ketika aku mencari cinta Allah…
Wahai hati… Sedarlah…
Kerna engkau tidak akan dapat apa yang engkau mahu…
Allah tahu apa isi kandungan hatimu…
Allah tahu engkau beribadah kepadaNYA,
Semata-mata untuk mendapat ganjaran yang berlebihan,
Bukan kerna cintamu kepadaNYA yang Maha Esa…
Tika ini, berapakah nilai dirimu di mata Allah???
Betapa rendahnya nilai iman aku tika ini…
Janganlah engkau bermimpi untuk memasuki jannah…
Kerna, itu adalah tempat suci…
Hanya untuk kekasih Allah yang betul2 mencintainya…
Bukan seperti engkau yang berpura-pura menjadi kekasihNya…
Demi mendapat kekasih yang engkau kasihi, iaitu Lelaki…
Apakah kelayakanmu untuk mendapat segala nikmat ini…
Jika hatimu bergetar berhadapan dengan lelaki soleh itu…
Wahai hati sedarlah… bangkitlah dari tidurmu…
Tidurmu dari mencintai lelaki soleh itu…
Sesungguhnya takdir Allah menemukanmu dengannya…
Semata-mata untuk menguji keteguhan hatimu kepada Allah…
Sedarlah wahai diri!!!
Ya Allah Berikanlah aku kekuatan melawan perasaan ini…

Terbit dari hati,
Nur ikhwanul Hisan
Pejuang yang mencari keredhaan Ilahi

Wednesday, September 16, 2009

MENCARI MALAM LAILATUL QADR…..

Wahai Sahabat2ku...

Lailatulatul Qadr adalah suatu keutamaanya yang sangat besar, kerana pada malam ini menyaksikan turunnya AlQuran Al Karim yang membimbing orang-orang yang berpegang denganya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke darjat yang mulia dan abadi

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadr dengan mengetahui bahawasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman :
{1}Sesungguhnya Kami telah menurunknnya (Al-Quran) pada malam qadar {2}Dan tahukah kamu apakah malam kemulian itu? {3}Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan {4} pada malam itu, turun para malaikat dan Ruh(Jibrail) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan {5)Sejahtera (malam itu) sampai terbit fajar (Al-Qadr 1-5)

Dan terjadinya malam Lailatul Qadr pada malam terakhir bulan Ramadhan, Aisyah Radiyallahu ‘ anha, berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beritikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan Beliau bersabda, yang bererti “ Carilah malam Lailatul Qadr di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)

Jika sahabat2 mencari malam Lailatul Qadr, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir 21,23,25,27 dan 29. Sekiranya anda lemah dan tidak mampu mencari pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir iaitu 25,27dan 29..

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Barangsiapa berdiri (Solat) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah,maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759)

OLEH ITU..WAHAI SAHABAT2KU..INGATLAH!..MASA YANG BERLALU TIDAK AKAN DATANG KEMBALI…MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEREBUT PELUANG UNTUK MENTOPUPKAN PAHALA DAN MENGUPGRADEKAN IMAN..RENUNG-RENUNGKANLAH……

Thursday, August 13, 2009

Persiapan Bulan rindu,,RAMADHAN

salam...

pejam celik,pejam celik..hari ini dah 22 Syaaban,lebih kurang lapan hari lagi, umat Islam diseluruh bumi ALLAH ini akan melaksanakan ibadah puasa, salah satu rukun Islam yg ke-3,

ingin sy kongsi sedikit bacaan sy dari majalah solusi Isu no.10,mengenai persiapan Ramadhan..

* lakukan warm-up dengan berpuasa setiap hari isnin dan khamis

* mulakan membaca Al-Quran setiap hari dan tambahkan jumlah ayat yang dibaca berbanding sebelum ini.

* luangkan masa mendengar bacaan Al-Quran

* latih tidur awal, seolah-olah anda sedang berada di bulan Ramadhan. Bukan itu sahaja,ikhtiar bangun awal seolah-olah anda perlu bersahur. Kemudian hiasilahtabiat bangun awal dengan solat sunat dan bacan Al-Quran

* sentiasa dalam keadaan berwudhuk

* Introspeksi diri anda setiap hari sebelum tidur. Mintalah keampunan ALLAH atas setiap dosa yang dilakukan dan mohon ALLAH beri kekuatan untuk kekalkan kebaikan yang telah dilakukan

* berilah peluang kepada diri anda bersendirian supaya anda dapat meluangkan masa mengingati ALLAH dengan berzikir

* Bagi mereka yang mampu mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan amatlah digalakkan kerana berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, umrah yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan sama seperti mengerjakan haji.

* Mulakan amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.

* Luangkan masa solat sunat seperti solat sunat Rawatib,Dhuha dan Qiamualail

* Tambahkan Ilmu yang anda sangat perlukan semasa Ramadhan. Jangan sekali-kali menyangka bahawa anda tahu segala-galanya tentang bulan yang dinanti-nantikan hamba ALLAH yang soleh ini. Hasil bacaan juga boleh meningkatkan ghairah anda menyambut Ramadhan dan beribadah semahunya

* Bantulah orang lain yang memerlukan dengan ilmu, kudrat dan kebolehan yang ada

* Dekati orang-orang yang berilmu, orang-orang soleh dan sebagainya supaya anda dapat belajar lebih daripada mereka

* Luangkan sedikit masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja di sekitar anda dan bincanglah tentang Ramadhan yang bakal tiba,harapan,persiapan dan sebagainya.

rasanya tidak terlambat untuk kita melaksanakan persiapan2 menghadapi Ramadhan kali ini, walaupun masih tinggal seminggu lagi...masih ada masa lagi,,moga ALLAH sentiasa permudahkan hamba2Nya..

Salam menyamBut Bulan Ramadhan....
Kalau lah kita tahu....

Wahai saudara seakidahku,sudahkah kamu bersiap sedia dari sekarang untuk menghadapi malam pertama di dalam kubur?

Wahai generasi muda yang selalu terpedaya oleh kesenangan,permainan dan hiburan, sudahkah kamu bersiap sedia dari sekarang untuk menghadapi malam pertama di dalam kubur?

Pernahkah kam mendengar bahawa orang mati mengerjakan solat di dalam kuburnya?

Pernahkah kamu mendengar bahawa orang mati berpuasa di dalam kuburnya?

Pernahkah kamu mendengar bahawa orang mati berzikir di dalam kuburnya?

Jadikanlah LAILA HAILLALLAH sebagai bekalanmu dan bacalah selalu pada setiap masa. Demi ALLAH, selepas kita mati, kita tidak lagi dapat membaca LAILA HAILLALLAH...

Wahai sekalian hamba ALLAH, Renungkanlah dan fikirkanlah liang Lahad yang sempit itu. Ia adalah tempat ular dan ulat tanah..Ia amat menggerunkan !! Adakah kamu akan mampu bersabar tinggal didalamnya??

”Wahai sekalian manusia demi ALLAH kalaulah kamu mengetahui apa yang aku ketahui sekarang ini, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis”
Hadis RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM


(Petikan daripada buku Sakratul Maut : Bersediakah Anda menghadapinya Karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni

Saturday, August 8, 2009

sakit???....

salam ukuhuwah..

dah lama rasanya tidak terlayan untuk mengupdate blog nie....nak kata busy x lah jugak..biasa je...hmm..adalah sebabnya tu...bercerita pasal sakit nie..baru2 nie sahabat sebilik dgn ana demam..kelmarin, mula2 batuk...pastu pagi esoknya dh terus demam...tiga kali g klinik, dua kali ana bawa, x kebah2 demam dia dan last semalam kakak sahabat ana sendiri yg bw sebab ana ada kelas, alhamdulillah baru kebah demam sahabat ana nie...

sebenarnya sedih bila melihat sahabat yang rapat dengan kita nie sakit,x sanggup rasanya melihat dia sakit..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..berat mata ana memandang,berat lagi kesakitan yg sahabat ana nie pikul...ana ada sahabat memang rapat dengan ana..mengalami sakit tulang belakang..scoliosis...pernah dengar x??nama je sedap tp sakit nya bila datang ALLAH sj yg tahu..sakit yg dialami sahabat ana nie sgt serious..baru dua minggu lepas doktor telah mengesahkan scoliosis sahabat ana nie dh tahap yang kritikal...sahabat ana terpaksa menjalankan pembedahan dgn segera..jika tidak tulang belakang akan semakin membongkok dan kemungkinanan akan mengganggu sistem saraf...tapi,.sahabat ana nie x sanggup untuk buat pembedahan tu,,,katanya,dia tak nak extand semester,,jika dia buat pembedahan tu sekarang mungkin akan mengambil cuti yg sgt lama..sahabat ana mahu kami sama2 habiskan sesi belajar di usim dn konvo sm2..ketika itu,trharu ana mendengarnya..kuat betul semangt shbt ana nie...ana pun dh x tu nak nasihat camne kat dia...ana mampu untuk memberikan semangat dan dorongan kepada shbt ana nie....

sekarang nie sahabat ana baru sj balik dr terengganu,,dia berihktiar untuk berubat secara tradisional....kak izah bgtau ana,shbt ana dh cuba satu perubatan tradisional nie,,,dan dia ,masih lagi mencuba sm ada berkesan atau tidak....

sakit yg ALLAH datang kepada hamba2Nya adalah kerana ALLAH sangat sygkan hambaNya...munking sakit dialami juga merupakan salah asatu dugaan y ALLAH nak uji hambanya..Tapi,ALLAH itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang dan Pemurah..ALLAH tidak akan membebankan seseorang hambaNya itu melainkan ALLAH tahu hambaNya mampu untuk membawa serta menganganinya....

p/s: sahabat2 ana yang ana sayangi...kak mashitah,shahidah farhana,nurul muazzah,,moga ALLAH sentiasa kuatkan hati kalian...moga dipermudahkan jalan..dan sentiasa tabah mengharungi sakit yang dihadapi....

Tuesday, July 28, 2009

.: HIKMAH SUJUD :.



Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan ALLAH yang sia-sia,malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.Subhanallah…Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk iaitu sujud fizikal dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah ALLAH s.w.t dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir dengan ALLAH s.w.t dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.Antara hikmah lain sujud adalah melegakan system pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pun boleh :
· Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
· Membetulkan pundit peranakan yang jatuh
· Melegakan sakit hernia
· Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
· Melegakan paru-paru daripada ketegangan
· Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
· Memberi dorongan supaya mudah tidur
· Menggerakkan otot bahu,dada,leher,perut serta punggung ketika ujud dan bangun daripada sujud
· Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastic,secara automatic memastikan perjalanan darah yang baik.
· Bagi wanita,pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terindar daripada sakit buah dada
· Mengurangkan kegemukan
· Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions)
· Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
· Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan,kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentality seseorang.Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.Renung-renungkanlah…..

Tuesday, July 21, 2009

Kenapa doa saya belum makbul lagi??

Ada 10 SEBAB doa tak diperkenankan..

Tatkala Ibrahim bin Adham,seorang ulama’ yang terkemuka pada abad ke-7, berkunjung ke negeri Basrah, maka beliau menerima pertanyaan daripada sebahagian besar penduduk: “ kenapakah keadaan dan nasib kami tidak berubah,padahal kami selalu memohonkan doa kepada ALLAH?,Bukankah Tuhan sudah menjanjikan:

“Berdoalah kepada-Ku,nescaya akan Kuperkenankan”. (Al-Mukmin: 60)

1. Kamu mengaku mengenal Tuhan,tetapi tidak kamu penuhi hak-hakNya.Ertinya, tidak kamu sembah Dia sebagaimana semestinya
2. Kamu membaca al Quran, tetapi tidk kamu amalkan isi-isinya. Jadi hanya disimpan menjadi azimat, atau kalau dibaca,hanya dilagu-lagukan tanpa berusaha memahamkan isinya
3. Kamu mendakwa cinta kepada Rasulullah,tetapi tidak kamu jalankan sunnahnya.Ertinya,kamu beramal tanpa ilmu, hanya menurut tradisi dan lain-lain.
4. Kamu mendakwa menjadi musuh syaitan, tetapi kamu patuh kepadanya.Maksudnya,kamu dikuasai oleh syaitan dan hawa nafsu, bukan kamu yang dapat menguasainya
5. Kamu mendakwa untuk melepaskan diri dari neraka, tetapi kamu lemparkan sendiri dirimu kepadanya.Ertinya, tidak mahu mengerjakan yang makruf, tetapi selalu bergelumang dengan perbuatan dosa dan maksiat
6. Kamu mendakwa untuk masuk ke Syurga, tetapi tidak beramal.Maksudnya,tidak mengatur persiapan-persiapan yang merupakan bakal untuk masuk syurga
7. Kamu katakan bahwa kematian itu pasti datang, tetapi kamu tidak mempersiapkan diri menghadapinya.
8. Kamu sibuk mengurus aib saudaramu, tetapi kamu tidak melihat aib sendiri.Ertinya, hanya boleh menunjuk-nunjuk pada kekurangan orang lain, tetapi tidak memeriksa diri sendiri
9. Kamu makan nikmat Tuhan-mu, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.Maksudnya, tidak tahu berterima kasih, hanya mahu menerima sahaja
10. Kamu kuburkan orang yang meninggal dunia, tetapi tidak kamu ambil ibrah(pelajaran) dari peristiwa itu.Ertinya,taktala mengiring dan memakamkan jenazah, haruslah semakin ingat pada kematian dan mempersiapkan diri menghadapinya

Demikianlah 10 macam sebabnya doa tidak dikabulkan tuhan,menurut huraian Ibrahim bin Adham. Keterangan itu tidak memerlukan huraian yang panjang lebar, sebab cukup jelas dan tegas.


Sunday, July 5, 2009

PenGaLaMaN

4 Jun 2009

Sementara nak tunggu waktu isyak masuk..terdetik di hati,nak tinta post tuk blog yang nie lah..hmm,,post nie berkaitan dengan pengalaman…rasanya semua orang mempunyai pengalaman mereka yang tersendiri kan ^_^..tak kisahlah pengalaman yang manis,pahit,sedih,gembira,takut dan sebagainya…

Pengalamanku…tiga minggu lepas,,baru balik dari utara..pergi ke kolej lama dulu sebelum masuk ke alam U..bersama dengan akak senior(k,mashi)..Tujuan ke sana dengan satu matlamat yang sgt2 tinggi dan besar..sebaik sahaja menapak di perhentian bas A.S..semangat semakin berkobar-kobar..Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancer..Cuma biasalah,,mesti ada masalah ckit..tp dapat diselesaikan…

Sekarang nie bukan nak crita pengalaman dicna,,cukuplah pengalaman itu di hati sy n shbt2 yg terlibat..dipendekkan crita,,masa nak pulang ke KL…sy n k.mashi bertolak dari S.P..alhamdulillah ada shbt yang tolong hntar kat cna,,bukan xnak naik dari A.S tp budget kami x ckup..huhu..apa nak wat..kami naik bas kul 5ptg..kami bersyukur sgt sbb still ada lg bas pada waktu petang..ingatkan dh xde,cdih sgt2,,walaupun kami dpt bas kul 5,,kami terfikir jgk mesti sampai cna malam..tp xpelah..boleh je..

So,dalam perancangan,InsyaALLAH k.mashi akan balik umah,n sy akan ada akak senior akan amik…dengan suasana hujan yg renyai2….kami sampai di puduraya..dipendekkan crita lg,,tym k.mashi dah balik umah,akak senior sy x jd amik..nampaknya sy kena duk kat pudu jelah sepanjang malam..tunggu sampai pagi sok..tym tu dah pukul 11 malam..nak naik lrt dah x sempat..

Rasa ketakutan menular dalam diri nie,,mcm2 yang sy fikirkan..nak call shbt2 lain suh amik tp takut menyusahkan mereka..nak suh k.mashi patah balik pun,kecian..nt menyusahkan..daripada sy menyusahkan shbt2 lain,baik sy duk je kat c2..sy cari port yang betul2 selamat…

Dalam mengatasi rasa ketakutan yang amat sgt,,sy beristighfar..berselawat,,mohon kekuatan…tym tu sy yakinkan diri sy,,bahiyah,ALLAH sentiasa bersama kamu,Yakinlah,,pedulikan persekitaran kamu dimana mereka sentiasa memerhatikan gerak-gerimu..hampir dua jam sy cba tenagkan diri..Alhamdulilah,jam satu pg..sy dpt kawal perasaan takut sy..walaupun keliling sy tym tu gelap dan bilangan lelaki ramai…dan suasana yang sgt sunyi..sy cba untuk mencari nisa’ tp xde..

Selepas beberpa minit,dtg seorang warga Indonesia (perempuan)-akak, tnya arah tandas,,sy tunjukkan,,dan lepas tu, akak tu dtg duduk sebelah sy..akak tu tnya,,’adik,apa kamu wat cni mlm2,kamu enggak takutkah sorang2’..sy balas dengan senyuman..pada mulanya sy akui takut tuk bersembang dgn akak nie..tp bilamana akak nie berbual n sentiasa tnya berbagai2 soalan,,tumbuh keyakinan dihati sy..sy ingatkan akak nie pun sorang2 cam sy..tp dia dengan suaminya..mereka baru tiba dr Cameron Higland n mereka dtg KL untuk g pejabat kedutaaan Indonesia tuk perbaharui passport mereka…

Sepanjang mlm tu kami bersembang smpai tahap sy tersengguk2 mengantuk..ikutkan tak nak lah terlelap…sampai akak nie ckap ‘adik,kamu tidurlah dulu,,kamu jgn risau sy n suami ada di cni..’sy hanya balas dgn senyuman…^_^…dalam pkul 3.oopg, dtg seorang lg nisa’ dimana ALAH hantar kepada sy tuk dijadikan teman kerana area jam 4.50 pagi,pasangan suami isteri dari Indonesia tu dah bertolak ke destinasi mereka...ALhamdulillah,tak putus2 pertolongan ALLAH,ada sesi taaruf sikit dgn akak dr Johor nie,tp sy pula lupa nak tnya nama,huhu(apelah sy nie)…akak nie dtg dr Johor n kerja di KL,,akak nie pun baRu first tym smpai awal di Pudu raya..sma sepeti sy..

ALhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi,,akhirnya subuh pun terbit..pengalaman satu malam di pudu mmg xleh dilupakan…sehinggalah sy critakan di post nie…sekadar untuk berkongsi dengan sahabat2 semua,,bukan nak riak jauh sekali nak menunjuk2…
Pertolongan ALLAH berikan ketika itu juga merupakan berkat doa k.mashi n sahabat2 yg betul2 risau akan keselamatan sy yg berada keseorangan di tempat yg begitu asing baginya..

P/S :} k.mashi, k.amal,shahidah.sakinah,azza n sahabat2 sekalian..syukran kasir atas doa yg tidak putus2,sehinggakn ada sahabat yg xleh tido lena pada malam tu..maaf,sy telah menyusahkan n membuatkan antunna semua risau..ALhamdulillah,,smuanya dh berlalu..kini tinggal seagai Kenangan…^_^

Wednesday, June 24, 2009

AlHamDulilAH..

~salam~


alhamdulillah,,,berakhirnya short sem..baru je lps exam..final exam kali nie,sy amik dua paper..

Fiqh Ibadat & Munakahat dan satu lagi Akidah..dua2 paper nie dlm bahasa arab..agak susah lh..


Perancangan lps nie...


kena jd pembantu urusetia tuk kemasukan pelajat tahun satu..akan menjadi satu pengalaman yang menarik..sebelum nie kat matrikulasi..


nak g Ofice ALTIS (Seremban)..byk kerja lh yg tak wat lagi...huhu..asyik2 tertangguh..


lagi222...


emm,,,byk lh..nanti smbung kat post lain..nak g wat keje dulu...

Monday, June 22, 2009

~ SalaM PerKenalan ~

SalaM...


Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi..dpt menulis tinta2..

kehidupan dlm blog yang sgt ringkas..



baru sekadar permulaan..harap2 sahabat2 dpt membantu diri yg lemah ini..serba kekurangan..

tegurlah sekiranya terdapat kelemahan dalam blog ni...



tidak lupa juga,,,berikan lh tunjuk ajar untuk menyempurnakan lg blog yang ringkas ini,,...

huhu,,,sehebat blog dgn sahabat2 semua...