Sunday, August 22, 2010

Hari hari Yang berlalu….

Kita sentiasa merasakan masa yang di peruntukkan sentiasa tidak mencukupi untuk kita semua..anda semua merasainya atau tidak????..tetapi bagi saya sendiri saya merasai yang masa2 yang ada tidak cukup untuk saya..Astagfirullah hal Azim..kenapa jadi begini..tidak bersyukurkah kamu!!bersyukurlah dengan masa yang ada..jgn lah tamak untuk memperolehi masa2 yang lebih..jika kita renung2 kan kembali..sudah cukup masa 24 jam yang ALLAH telah berikan kepada kita..Cuma disini kita sj yang perlu membentuknya menjadikan setiap masa itu berguna dan terancang…

Saya sentiasa mengingatkan kepada diri sy untuk sentiasa merancang dengan baik..tetapi setiap perancangan yang saya atau kwn2 semua buat hanya ALLAH sahaja yang menentukannya..redhalah terhadap segala perubahan-perubahan yang berlaku sekiranya apa yang kita rancang tidak menjadi..janganlah mudah sgt untuk melatah sehinggakan kita rasa kita sudah gagal atau tidak Berjaya untuk melaksanakan apa yang kita rancang..apa yang coret2 ni sebenarnya berlaku terhadap diri saya..sejak kebelakangan ini saya sentiasa merasakan sama seperti yang saya telah saya nyatakan di atas…baru2 ni..hari sabtu..ketika ingin mengadakan qiamulail di nilam court,,saya bangun lambat…jam 6.00 pagi baru saya terjaga..terkejut saya..bukan apa..malam sebelum pagi saya telah berjanji dengan ajk2 biro BPSK MPP untuk sama2 menolong mereka untuk mengerakkan adik2 nilam dan camellia,,pada masa yang sama saya yang bertanggungjawab untuk mengambil makanan sahur yang telah ditempah..banyak tanggungjawab saya ketika itu..sedar2 saya bangun terus teringat ini semua…Ya ALLAH,,baru terjaga,,(menolong sy dlm hatI),,saya da rasa risau..tgk nset saya..mati pula…cpt2 pinjam charge kak zimah….terus call kak nabila..rasa bersalah dlm diri..ye la..mesti ramai yang cari saya ketika itu,,,kak nabila tnya..bahiyah ada kat mane???semua cari bahiyah..sy pun kata la yang sy ada di rumah kak haida..kami tidak terjaga langsung..sedar2 da subuh….tp kak nabila tenangkan sy..kak nabila kata semua ok..walaupun sedikit kelam kabut td…makanan sahur kaka amira ambil dgn bantuan sakinah…walaupun sedih tapi redha dgn apa yang berlaku….

Dua hari dah berlalu..saya terfikir apa yang telah saya lakukan..setiap masa saya isi dengan gerak kerja untuk program saya…lansung tidak di isi masa dengan buku di depan mata..kadang2 rasa jeles jg tgk kwn2 sempat study pada 2 hari yang berlalu..tapi x pela..saya pujuk hati saya dengan berkata saya adalah istimewa berbanding dengan yang lain..insyaALLAH..saya tidak perlu merasa menyesal terhadap apa yang telah saya lakukan..insyaALLAH..Moga ALLAH kuatkan hati ini untuk menjadi seorang pemimpin yang kuat walaupun hakikatnya saya tidak mudah untuk merasa kuat..mudah untuk mengalirkan air mata ketika bila merasakan baHU dan kepala berat dengan mcm2 hal…YA ALLAH KUATKAN HATIKU UNTUK MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK..PERMUDAHKAN JALAN DAN URUSANKU..AMIIN YA RABBAL ALAMIN…

Thursday, August 12, 2010

setelah sekian lama...Ramadhan dtg lg..diri...

Bissmillahirrahmannirahhim..alhamdulillah bersyukur ke hadrat Mu Ya ALLAH,,sy mencuri masa sedikit pagi jumaat ni untuk membuang habuk2 di rumah sy ni..dah lama x menjenguk rumah ni..makin kelam rumah nye..dek kerana sibuk dan diri ni yg tidak pandai membahagikan masa dgn baik,,rumah ni terbiar lama….Maaf rumahku,,ku biarkan kau berhabuk tebal di dinding tepi rumah ni,,hari ni ku lapkan semua hbuk ni,,ku susun semula brg2 yg berada di cni,,dan ku tambahkan brg2 baru di rumah ini,,semoga bertambah seri rumah ini seperti seri nya Bulan Ramadhan Kariim ni..

Alhamdulillah hari ini 3 Ramadhan 1431,,terasa bulan yang penuh barahkah ini..sebelum tibanya bulan Ramadhan,,sy begitu risau dan bimbang,,sebabnya,,sy tahu sy adalah yang bertanggungjawab untuk memastikan perjalanann program dan aktiviti ibadah di kolej kediaman sy brjalan dengan lancar…

Yg dirisaukan sy ketika itu adalah paperwork yg masih belum dpt lagi tandatgn TNC Usim..setiap hari sy turun naik hep nak ambil paperwork ni,,tp walaupun x dpt lg paperwork tu,atas nasihat ketua sy,sy kena laksanakan gerak kerja sekarang,,sikit2 gerak kerja sy aturkan,,sy buat pembahagian tugas,jobskop,jadual.bincang dgn kak rihan dll..kdg2 diuji kesabaran dan ketabahan ketika ini ditambah pula tugasan di rumah PD,,ALLAH sj yg tahu,,

Alhamdulillah semua ini dpt dilakukan dgn baik walaupun x sempurna sekalipun,,pada hari ahad sebelum menjelang bulan Ramadhan (8 Ogos 2010) Program pertama dlm paperowork sy berjalan,,CERAMAH AWAL RAMADHAN-Persediaaan Menghadapi Bulan Ramadhan oleh Ust Shamsul Hakim (FPQS USIM),,alhamdulillah sambutan yg mengalakkan,,ramai penghuni nilam dan camellia hadir,,hampir menitis air mata sy..bersyukur x terkira,namun di sebalik itu,,sy sedar untuk lebih bersedia untuk program dan aktiviti2 berkala dalam bulan Ramadhan….hari pertama 1 Ramadhan 1431,kelam kabut jadinya,apabila khemah (canopy ) yg sy tempah tidak mencukupi untuk menampung makmum2 yg dtg,,alhamdulillah ada tikar lebih,,dengan kerjasama shbt2 semua,kmi bentang tikar2 ni di luar khemah..penuh dataran nilam pada malam tu..InsyaALLAH hari esok dan seterusnya kmi perlu bentang tikar2 siap hingga ke luar khemah supaya tidak ada lg kelam kabut,,

Alhamdullilah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar,,,tanpa di sedari ALLAH menguji sy ujian2 hati yg sy kena tempuhI,,ALLAH menguji keikhlasan sy,,sy sedih,menangis,,,,kadg2 sy berasa buntu,,,sy muhasabah diri balik..koreksi diri..ada sesuatu yg tak kena dgn sy..istighfar jd peneman mulut sy ketika ini,,takut sekiranya sy lari jauh dari ujian ini,,sy berckp dgn diri sy,,bersangka baik dengan ALLAH bahiyah,tenang,sabar..insyaALLAH,,dekatkan diri dgn ALLAH..jadikan AL-Quran peneman diri awak..ingat mak ayah…insyaALLAH sy x akan biarkan diri sy ni lemah dlm menghadapi ujian ini…Moga ALLAH beri kekuatan kepada diri ini menjadi lebih kuat dan tabah…amiin…

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat sy..ambil peluang yang ada,dan niatlah dengan baik utk setiap perbuatan kita..Ya ALLAH jika Ramadhan kali ini terakhir bagiku,Kau ampunilah dosa2ku,kuMohon kepadaMu, Ya ALLAH Kau Meredhai aku,aku redha dengan pada Mu..amiin ya rabb allamin..

Wednesday, July 21, 2010

.::Kisah Cintaku::.

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah..
kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku
memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan itu.aku
duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu
mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku
tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat
anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,
kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku
lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap
mencintaiMu.”

Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan
menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu
yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang
yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala
ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku
yang
sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.” Dia bertanya
lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada
kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku
tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi
menggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku
akan tetap menyintaiMu.” Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu
ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana
aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita
memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian
bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...

Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang
tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku
menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku
fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia
terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku
jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku
bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu
lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan
bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”
Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi
pipiku.

Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu,
dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang
mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang
kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir derasmembasahi
pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu
menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain
sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan
ketika Aku memberimt peluang untuk berkhidmat di jalanKu?” Ku gagahi bibirku
untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang
bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi
persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini
kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang
kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam
dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di
jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu
kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu
mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu
berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu
tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan
dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai
cara.” SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu
menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini/. Dalam tak sedar, aku malu dengan
segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi
menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku
berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah
pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak
menjadi hambaMu Ya Allah...” kemudian Dia menjawab, “Sifatku
pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya.
Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.” Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau
tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon
ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab
“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila
kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu.
Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu.
Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila
kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu.
Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan
menyayangimu selama-lamanya.”

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti
kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku
selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat
dalam ertikata yang sebenar. Wa’allahualam...

Sunday, May 30, 2010

kisah si penjual tempe...

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,
"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.
"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin"

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin"

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan menyalahkanNya jika kita tidak dapat apa yang dipinta.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita sentiasa gagal memenuhi hak Allah seperti menjaga perkara-perkara wajib, solat lima waktu, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..

Thursday, April 29, 2010

Mujahidah Solehah

Mujahidah Solehah..
mengalir air mataku membasahi pipi..
tatkala di campak ke tanah yang gersang lagi sepi..
termenung diriku berfikir sendiri..
ketika mana amanah datang tanpa ku rela hati..
ingin ku tempis jauh dari sanubari..
tapi tidak terdaya ku melawan kuasa Illahi..
namun, ku tetap gagahkan diri..
kerana aku seorang serikandi..

Mujahidah Solehah..
Apabila tersungkur ku bangkit berdiri..
ketika dihembus roh perjuangan kembali..
Apabila ku tersungkur lagi rebah ke bumi..
sahabat menyapa memberi motivasi..
Ku redah lautan api yang penuh mehnah dan tribulasi..
namun, ku tetap tabahkan diri..
kerana aku seorang serikandi..

Mujahidah Solehah..
petahnya berbicara sehingga mampu menggegar bumi..
terkadang terlanjur tanpa ku sedari...
Andainya ada yang terguris di hati..
maafkanlah sekujur badan yang lemah ini..
kelemahan ku itu minta di ampuni..
namun, ku tetap teruskan perjuangan memecahkan tradisi..
kerana aku seorang serikandi..

Mujahidah Solehah..
ku bimbang tatkala ujub menyapa diri..
mulalah timbul perasaan meninggi diri..
yang bisa memandu riakku memuncak tinggi..
sehingga diri dimamah ego yang meracuni diri..
aku sentiasa memohon kepadaMu Ya Rabbi..
supaya hidupku sentiasa diredhai..
Namun, ku teruskan mendidik hati dan nurani..
kerana aku seorang serikandi..

Mujahidah Solehah..
ku ingin menjadi selembut Khadijah..
Ku ingin menjadi setabah Sumayyah..
Ku ingin menjadi sebijak Aishah..
Ku ingin juga menjadi seberani Rabiatul Adawaiyyah..
tapi, siapalah diriku ini..
hanya seorang insan yang hina dan keji..
yang terus menagih kasih Illahi..
namun, akan ku tetap berjuang sehingga mati..
sampaikan tumpah darahku mengalir ke bumi..
dugaan datang ku sanggup hadapi..
semata-mata untuk meraih cinta yang hakiki..
ku akan tegarkan langkahku ini..
kerana aku seorang serikandi..

Sunday, April 25, 2010

APCO

Negara pada hari ini panas membincangkan isu sebuah perunding komunikasi yang dikaitkan dengan syarikat yang dimiliki oleh rejim zoinis Israel. Malaysia dikatakan telah menandatangani perjanjian dengan syariakt APCO worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membersihkan imej Negara diperingkat antarabangsa.

Dalam satu sudut pandang, ianya nampak positif iaitu untuk menarik pelabur asing masuk kedalam Negara kita. Namun pada hakikatnya, kita tidak bersetuju dengan syaikat perunding berkenaan disebabkan secara jelasnya ia dimiliki oleh golongan yahudi yang sememangnya menjadi musuh ummat Islam.

Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat ke-120:
“ tidak akan redha kaum yahudi dan nasrani itu kepada ummat Islam sehingga mana kamu tidak mengikut agama yang dibawanya …”

Pada mulanya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anuar Ibrahim menimbulkan polemik yang tersendiri dikalangan rakyat. Namun selepas beberapa hari daripada itu, maka pengakuan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hisyamuddin sendiri mengesahkan bahawa jumlah yang dibayar kepada syarikat perunding berkenaan ialah sebanyak RM76.5 juta.

Kami diperingkat mahasiswa merasa sungguh kecewa dengan berita tersebut kerana ia melibatkan maruah negara dan agama Islam. Mana tidaknya, kita mengisytihar Negara ini sebagai Negara Islam, namun sebaliknya kita berkompromi dan menggunakan khidmat musuh Islam yang nyata telah menyembelih adik-beradik Islam kita yang berada di Palestin.

Perkara ini secara tuntasnya akan menimbulkan kemarahan masyarakat khususnya ummat Islam kerana kita pada awal lagi tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, namun apa yang berlaku sebaliknya kita bersetuju dan menggunakan syarikat yang datangnya daripada Israel sendiri. Mana prinsip dan maruah kita? Buktinya jelas bahawa syarkat ini adalah antara penyumbang kepada kewangan Israel :
“ Its CEO in Israel, Gad Ben-Ari, was a personal adviser of the late PM Yishak RabinAlso, the relationship between Israel and APCO is more than merely having an office in Tel Aviv. APCO’s activities in the Zionist state go beyond the civilian sectors”

Jumlah bayaran RM76.82juta juga menjadi persoalannya. Perbelanjaan yang banyak ini tidak dinyatakan dan dimaklumkan kepada rakyat khususnya dan hanya dimaklumkan selepas ditanya didalam dewan rakyat selepas isu ini timbul. Rakyat membayar cukai bukan kepada kerajaan bukan untuk dibelanjakan kepada sebuah syarikat zionis, tetapi rakyat mengharapkan ianya(hasil cukai) digunakan untuk manfaat rakyat yang lain. Namun akhirnya duit itu menjadi pembiaya utama kepada Israel yang semakin bengis dan rakus membunuh ummat Islam di Palestin.

Dengan jumlah hampir RM77 juta itu, kerajaan mampu memberikan biasiswa kepada lebih 4000 mahasiswa sekiranya duit itu dibelanjakan untuk membina modal insan yang boleh mencorakkan imej Negara dengan lebih baik berbanding syarikat perunding. Mana keutamaan kita untuk membangunkan modal insan yang boleh berbakti kepada Negara atau hanya membersihkan imej untuk kepentingan politik dalam masa yang singkat sahaja?

Ternyata dengan timbulnya isu ini, kami(mahasiswa) tidak akan berdiam diri sehinggalah kerajaan membatalkan perjanjian dengan syarikat berkenaan demi menjaga maruah dan nama kita kerana ia jelas melanggar prinsip dan teras dalam perhubungan kita dengan pihak luar.

Persoalan yang saya timbulkan ialah, kenapa perlu melantik sebuah syarikat perunding komunikasi sedangkan kita telah berbelanja besar untuk membayar duta-duta kita keseluruh negara yang mempunyai hubungan dengan kita? Apa fungsi duta kita? Bukan sekadar itu, kita pula melantik syarikat yang datangnya dari negara yang lansung tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Kami tidak HALALKAN cukai yang dibayar kepada kerajaan itu sebagai saluran bayaran membiayai syarikat zionis itu. Hentikan, tamatkan dan putuskan apa jua perundingan dan perkhidmatan yang melibatkan syarikat zionis tersebut!

Jangan menggadaikan maruah Negara sebegitu mudah. Kita kenal siapa Israel. Kita kenal siapa zionis. Justeru saya menyeru seluruh mahasiswa sedar untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap syarikat APCO ini. Ini bukan soal politik,bukan soal kaum mahupun bangsa tapi soal maruah dan keselamatan negara. Kami rela gadaikan parti politik demi keamanan negara dan agama Islam terus terjaga.

“ kami tidak rela duit kami dibayar untuk MEMBUNUH adik-beradik kami di Palestin ”

kawan di akhir zaman..


Kawan di akhir zaman ini,
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.
Yang benar-benar
sibuk Dengan urusan baiki diri nya.
Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan
mengumpul dunia.
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan
majlis ilmu menafaat,
Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan
memahami ilmu menafaat.
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang
menjela.
Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa.
Mengunakan professionnya sebagai
matlamat ke akhirat sana.
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka.
Yang hidupnya lebih berat dari berat
Ibadah dan amal terasa amat berat.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan.
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar.
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada.
Bersahabat untuk mendapat laba.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui.
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri.
Yang menghidupkan ilmu yang ada.
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka.
Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain.
Yang menghidupkan sunnah barat.
Yang melupakan kehidupan akhirat.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan
masjid tempat pertemuan.
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan.
Yang ada hanya yang menjadikan komplek tempat membuang umur.
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui.
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan.
Menjadikan nasyid nyayian harian.
Menjadikan selawat ucapan kelaziman.
Yang ada hanya artis di jadikan bahan pujaan.
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan.
Dianggap moden dan berketrampilan.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir.
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail.
Menangis cemas
mengenangkan saat kematian.
Merintih sayu mengenangkan persediaan.
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan.
Mengumpul dunia kerja seharian.
Seolah kematian itu sangat jauh.
Seperti alam barzakh itu tidak di
tempuh....

Sabda rasul;
"Bersahabatlah dengan orang yang baik akhlaknya kerana kamu akan dikenali melaluinya..
"