Monday, February 22, 2010

menutup Aurat bUkan Sekadar memakai TUDUNG

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

2. Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud:
"Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain 'qubtiyyah' (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: "Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu." Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: "Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya)."

Menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

3. Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya."

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka."

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas:
"Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

6. Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama)." (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannyailmu Islam sebenar.

Sumber: buletin Pengguna Islam Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(penulis sebenar adala seorang Pensyarah dari UIAM)
sama-sama kita renungkan dan sampaikanlah kepada kawan-kawan anda yg berada di luar sana..=)

Monday, February 1, 2010

Saudari ukhti2 ku yang kusayangi…

Salam ukhuwah dan mahabbah sepanjang saat dan minit..

Alhamdulillah diberi peluang masa untuk menaip ape yang hendak ditaip yang sentiasa bermain kata2 di kotak fikiran ku untuk menaip...


Pada post kali ini sy hendak berkongsi cerita mengenai kasih syg sy pada ukhti2 sy dengan semua yang hadir membuka blog sy..


Ukhti2 yang sy maksudkan adalah KAK AMALINA dan KAK MASITAH...


Ya ALLAH aku bersyukur padamu kerana Engkau telah mempertemukan aku dengan dua orang ukhti yang cukup hebat di mataku...


KAK AMALINA yang saya kenali sejak diberada di SHAMS lagi.ketika kami sama-sama pegang tampuk pimpinan Ketua Pelajar dan BADAR.Ketika di sekolah kami tidak la begitu rapat.Characteristic kami yang berbeza membuat kami tidak begitu rapat ketika itu..tetapi semua telah berubah apabila kami melangkah keluar dari SHAMS.bak kata orang, yang berbeza itu la akan saling memerlukan satu hari nnti.dengan beberapa kali kami berganding dalam beberapa buah pgram kami menjadi begitu rapat ibarat isi dan kuku.segala permasalahan kami berkongsi bersama.sekarang ni,k.amal studi di KUIS ijazah Sarjana Muda Syariah undang-undang.ape2 pgram yang akan diadakan,k.amal tidak akan lupakan sy.sy tau k.amal nak sy biasakan dengan berpgram.ade hikmah disebalik itu semua.sy dpt rasakan hikmah yg ALLAH kurniakan pada sy.Syukur padaMu Ya ALLAH.


KAK MASITAH. Pengenalan kami bermula ketika minggu orientasi di Kolej Mara Kuala Nerang (KMKN).Ketika itu,saya pelajar matrik yang baru masuk dan k.masitah adalah salah seorang fasi pgram.detik2 pertemuan kami tak akan sy lupakan.kami kenal dengan hanya beberapa ungkapan sj.hnya kami sj yang tau.sy begitu x menyangka yg sy akan mendapat tawaran belajar di USIM dimana k.masitah juga belajar di sini.Ya ALLAH, cantik sungguh perjalanan yang Kau telah aturkan untuk ku.dengan k.masitah sy belajar ape itu erti pengorbanan.pengorbanan yang kita perlu laksanakan.sy juga belajar berdikari (berdiri di atas kaki sendiri) tidak mengharapkan bantuan orang lain dan cuba buat terlebih dahulu.kita kena berani mencuba dalam melakukan sesuatu yang baru.


Alhamdulillah baru2 nie sy dan kawan sy, sakinah di beri peluang oleh ALLAH s.w.t untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran ukhti2 kami ini.K.Masitah pada 22 Januari yang lalu,walaupun kami celebrate pada beberapa hari lewat dari tarikh yang sebenar dan K.Amalina pada 01 Februari.dengan k.amalina kami sambut lebih awal memandangkan bezday k.amal jatuh pada hari ade kuliah.Syukran kasir pada sakinah kerana sudi berteman dengan sy untuk meraikan hari lahir mereka.sy berasa syukur atas peluang yang ALLAH aturkan pada kami.sy dpt melihat senyuman manis yang terlakar di bibir ukhti masitah dan amalina.rasa seronak bila mereka gembira.kemanisan ukhuwah itu begitu terasa bagi sy.Moga jalinan ukhwah kami terus kukuh dan terjalin sehingga akhir hayat.Sayang ukhti2 ku...
Ya ALLAH,
Gadis ini telah memilih mengutamakanMU dari
kedua ibu bapa yang dicintaimu,
Gadis ini telah memilih Rasulullah sebagai
idola berbanding artis pujaanya dahulu,
Gadis ini telah memilih menabur
cinta pada mad’unya berbanding lelaki yang disukainya,
Gadis ini telah memilih Islam sebagai cara hidupnya,
Gadis ini telah memilih untuk
menegakkan islam berbanding hobinya yang lalu,
Gadis ini telah memilih untuk
berdakwah di kala susah dan senang,
Gadis ini telah memilih ke syurga dan
amat takut pada kemurkaanMU,
Maka pilihlah ia untuk menghuni mahligai di
syurgaMU,redahi dan cintai dirinya,
Kerna kutahu cintanya gadis ini padaMU
ya ALLAH..Amiin

~Terima kasih k.amal atas doa yg indah ini kepada sy...sy suka ayat2 cinta nie..

salaam syg adikku,percayalah,yakin ujian itu pahit kerna
pahit itu sukar dihisap.Tapi Natijahnya sangat manis.....

Buat kita senyum terasa
puas dan ingin kembali yang pahit itu.Adikku Boleh..



~ketika sy mendapat kata2 nie.sy berada dalam keadaan ALLAH menduga sy.banyak dugaan dan cabaran yg menimpa ketika itu sehinggakn sy x mampu lg untuk berada di landasan perjuangan ini.tapi kakakku ini tidak pernah patah putus asa untuk menguatkan sy kembali..syukran kasir k.masitah.