Thursday, April 29, 2010

Mujahidah Solehah

Mujahidah Solehah..
mengalir air mataku membasahi pipi..
tatkala di campak ke tanah yang gersang lagi sepi..
termenung diriku berfikir sendiri..
ketika mana amanah datang tanpa ku rela hati..
ingin ku tempis jauh dari sanubari..
tapi tidak terdaya ku melawan kuasa Illahi..
namun, ku tetap gagahkan diri..
kerana aku seorang serikandi..

Mujahidah Solehah..
Apabila tersungkur ku bangkit berdiri..
ketika dihembus roh perjuangan kembali..
Apabila ku tersungkur lagi rebah ke bumi..
sahabat menyapa memberi motivasi..
Ku redah lautan api yang penuh mehnah dan tribulasi..
namun, ku tetap tabahkan diri..
kerana aku seorang serikandi..

Mujahidah Solehah..
petahnya berbicara sehingga mampu menggegar bumi..
terkadang terlanjur tanpa ku sedari...
Andainya ada yang terguris di hati..
maafkanlah sekujur badan yang lemah ini..
kelemahan ku itu minta di ampuni..
namun, ku tetap teruskan perjuangan memecahkan tradisi..
kerana aku seorang serikandi..

Mujahidah Solehah..
ku bimbang tatkala ujub menyapa diri..
mulalah timbul perasaan meninggi diri..
yang bisa memandu riakku memuncak tinggi..
sehingga diri dimamah ego yang meracuni diri..
aku sentiasa memohon kepadaMu Ya Rabbi..
supaya hidupku sentiasa diredhai..
Namun, ku teruskan mendidik hati dan nurani..
kerana aku seorang serikandi..

Mujahidah Solehah..
ku ingin menjadi selembut Khadijah..
Ku ingin menjadi setabah Sumayyah..
Ku ingin menjadi sebijak Aishah..
Ku ingin juga menjadi seberani Rabiatul Adawaiyyah..
tapi, siapalah diriku ini..
hanya seorang insan yang hina dan keji..
yang terus menagih kasih Illahi..
namun, akan ku tetap berjuang sehingga mati..
sampaikan tumpah darahku mengalir ke bumi..
dugaan datang ku sanggup hadapi..
semata-mata untuk meraih cinta yang hakiki..
ku akan tegarkan langkahku ini..
kerana aku seorang serikandi..

Sunday, April 25, 2010

APCO

Negara pada hari ini panas membincangkan isu sebuah perunding komunikasi yang dikaitkan dengan syarikat yang dimiliki oleh rejim zoinis Israel. Malaysia dikatakan telah menandatangani perjanjian dengan syariakt APCO worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membersihkan imej Negara diperingkat antarabangsa.

Dalam satu sudut pandang, ianya nampak positif iaitu untuk menarik pelabur asing masuk kedalam Negara kita. Namun pada hakikatnya, kita tidak bersetuju dengan syaikat perunding berkenaan disebabkan secara jelasnya ia dimiliki oleh golongan yahudi yang sememangnya menjadi musuh ummat Islam.

Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat ke-120:
“ tidak akan redha kaum yahudi dan nasrani itu kepada ummat Islam sehingga mana kamu tidak mengikut agama yang dibawanya …”

Pada mulanya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anuar Ibrahim menimbulkan polemik yang tersendiri dikalangan rakyat. Namun selepas beberapa hari daripada itu, maka pengakuan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hisyamuddin sendiri mengesahkan bahawa jumlah yang dibayar kepada syarikat perunding berkenaan ialah sebanyak RM76.5 juta.

Kami diperingkat mahasiswa merasa sungguh kecewa dengan berita tersebut kerana ia melibatkan maruah negara dan agama Islam. Mana tidaknya, kita mengisytihar Negara ini sebagai Negara Islam, namun sebaliknya kita berkompromi dan menggunakan khidmat musuh Islam yang nyata telah menyembelih adik-beradik Islam kita yang berada di Palestin.

Perkara ini secara tuntasnya akan menimbulkan kemarahan masyarakat khususnya ummat Islam kerana kita pada awal lagi tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, namun apa yang berlaku sebaliknya kita bersetuju dan menggunakan syarikat yang datangnya daripada Israel sendiri. Mana prinsip dan maruah kita? Buktinya jelas bahawa syarkat ini adalah antara penyumbang kepada kewangan Israel :
“ Its CEO in Israel, Gad Ben-Ari, was a personal adviser of the late PM Yishak RabinAlso, the relationship between Israel and APCO is more than merely having an office in Tel Aviv. APCO’s activities in the Zionist state go beyond the civilian sectors”

Jumlah bayaran RM76.82juta juga menjadi persoalannya. Perbelanjaan yang banyak ini tidak dinyatakan dan dimaklumkan kepada rakyat khususnya dan hanya dimaklumkan selepas ditanya didalam dewan rakyat selepas isu ini timbul. Rakyat membayar cukai bukan kepada kerajaan bukan untuk dibelanjakan kepada sebuah syarikat zionis, tetapi rakyat mengharapkan ianya(hasil cukai) digunakan untuk manfaat rakyat yang lain. Namun akhirnya duit itu menjadi pembiaya utama kepada Israel yang semakin bengis dan rakus membunuh ummat Islam di Palestin.

Dengan jumlah hampir RM77 juta itu, kerajaan mampu memberikan biasiswa kepada lebih 4000 mahasiswa sekiranya duit itu dibelanjakan untuk membina modal insan yang boleh mencorakkan imej Negara dengan lebih baik berbanding syarikat perunding. Mana keutamaan kita untuk membangunkan modal insan yang boleh berbakti kepada Negara atau hanya membersihkan imej untuk kepentingan politik dalam masa yang singkat sahaja?

Ternyata dengan timbulnya isu ini, kami(mahasiswa) tidak akan berdiam diri sehinggalah kerajaan membatalkan perjanjian dengan syarikat berkenaan demi menjaga maruah dan nama kita kerana ia jelas melanggar prinsip dan teras dalam perhubungan kita dengan pihak luar.

Persoalan yang saya timbulkan ialah, kenapa perlu melantik sebuah syarikat perunding komunikasi sedangkan kita telah berbelanja besar untuk membayar duta-duta kita keseluruh negara yang mempunyai hubungan dengan kita? Apa fungsi duta kita? Bukan sekadar itu, kita pula melantik syarikat yang datangnya dari negara yang lansung tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Kami tidak HALALKAN cukai yang dibayar kepada kerajaan itu sebagai saluran bayaran membiayai syarikat zionis itu. Hentikan, tamatkan dan putuskan apa jua perundingan dan perkhidmatan yang melibatkan syarikat zionis tersebut!

Jangan menggadaikan maruah Negara sebegitu mudah. Kita kenal siapa Israel. Kita kenal siapa zionis. Justeru saya menyeru seluruh mahasiswa sedar untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap syarikat APCO ini. Ini bukan soal politik,bukan soal kaum mahupun bangsa tapi soal maruah dan keselamatan negara. Kami rela gadaikan parti politik demi keamanan negara dan agama Islam terus terjaga.

“ kami tidak rela duit kami dibayar untuk MEMBUNUH adik-beradik kami di Palestin ”

kawan di akhir zaman..


Kawan di akhir zaman ini,
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.
Yang benar-benar
sibuk Dengan urusan baiki diri nya.
Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan
mengumpul dunia.
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan
majlis ilmu menafaat,
Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan
memahami ilmu menafaat.
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang
menjela.
Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa.
Mengunakan professionnya sebagai
matlamat ke akhirat sana.
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka.
Yang hidupnya lebih berat dari berat
Ibadah dan amal terasa amat berat.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan.
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar.
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada.
Bersahabat untuk mendapat laba.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui.
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri.
Yang menghidupkan ilmu yang ada.
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka.
Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain.
Yang menghidupkan sunnah barat.
Yang melupakan kehidupan akhirat.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan
masjid tempat pertemuan.
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan.
Yang ada hanya yang menjadikan komplek tempat membuang umur.
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui.
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan.
Menjadikan nasyid nyayian harian.
Menjadikan selawat ucapan kelaziman.
Yang ada hanya artis di jadikan bahan pujaan.
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan.
Dianggap moden dan berketrampilan.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir.
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail.
Menangis cemas
mengenangkan saat kematian.
Merintih sayu mengenangkan persediaan.
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan.
Mengumpul dunia kerja seharian.
Seolah kematian itu sangat jauh.
Seperti alam barzakh itu tidak di
tempuh....

Sabda rasul;
"Bersahabatlah dengan orang yang baik akhlaknya kerana kamu akan dikenali melaluinya..
"

Thursday, April 22, 2010

Tika di uji dengan Kesabaran

"Ya Allah, hati ini hiba tatkala membaca enti juniorku ini. Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Kau Maha Mendengar rintihan hamba-hambaMu yang lemah ini dan sesungguhnya Kau tempat mengadu yang tidak pernah jemu mendengar aduan dan rayuan kami. Kau yang Maha Agung Ya ALLAH. Allahu Rabbi..."

Sahabat pembaca sekalian, saya ingin berkongsi sesuatu dengan semua. Walaupun ini adalah kisah yang hanya saya "copy paste" dari entry (blog) junior saya, tetapi saya harapkan semua dapat membaca kisah ini dari awal hingga ke akhirnya. Ada sesuatu yang kita boleh pelajari dan ambil iktibar serta mungkin ada yang ingin mencontohi keperibadian insan yang diceritakan dalam kisah ini. Beliau sangat tabah dan kuat serta meletakkan 100% kebergantungan dengan ALLAH tanpa ada keraguan walau sedikit pun. Sama-sama kita hayati kisah ini dengan hati dan jiwa yang tenang.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab:56)

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad...
Ya Rasulullah, kami merinduimu....

salam'alaik...

bismillahhirrahmanirrahim....

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulilah..

bersyukur
kepadaMU ya ALLAH...

masih di beri kesempatan untuk terus bernafas...

untuk terus mengabdikan diri padaMU..YA ALLAH..

wahai Muslimat..
bangunlah wahai muslimat...

jgn la leka...

teruskan usaha mu...

jangan muda patah semangat..

ingatla..

kamu yang akan
terus menjadi nadi-nadi perjuangan sekarang...

yang akan menjadi
mata-mata rantaian perjuangan Nabi Muhammad s.a.w

bangun
muslimat...bangun muslimat...

setiap yang kamu lakukan adalah untuk
ISLAM..

hatta..untuk mendapat result yang cemerlang sekalipun...

Ingat muslimat..ingat...

MAJULAH MUSLIMAT UNTUK ISLAM...

segala urusannya sentiasa terancang dan teratur..

result yang
cemerlang untuk ISLAM..

amin,amin...


p/s :
bahiyah,bangkit-bangkit..teruskan usahamu..buatlah yang terbaik untuk ISLAM..
dan
dlm mengejar semua ini sentiasalah menjaga hubunganmu dgn ALLAH..
dan
selepas kamu dah lakukan yang terbaik janganlah pandang
kebelakang..
maju lah laju lah dan pandang lah kehadapan..
capailah untuk menjadi muslimah solehah..amin..