Thursday, August 13, 2009

Persiapan Bulan rindu,,RAMADHAN

salam...

pejam celik,pejam celik..hari ini dah 22 Syaaban,lebih kurang lapan hari lagi, umat Islam diseluruh bumi ALLAH ini akan melaksanakan ibadah puasa, salah satu rukun Islam yg ke-3,

ingin sy kongsi sedikit bacaan sy dari majalah solusi Isu no.10,mengenai persiapan Ramadhan..

* lakukan warm-up dengan berpuasa setiap hari isnin dan khamis

* mulakan membaca Al-Quran setiap hari dan tambahkan jumlah ayat yang dibaca berbanding sebelum ini.

* luangkan masa mendengar bacaan Al-Quran

* latih tidur awal, seolah-olah anda sedang berada di bulan Ramadhan. Bukan itu sahaja,ikhtiar bangun awal seolah-olah anda perlu bersahur. Kemudian hiasilahtabiat bangun awal dengan solat sunat dan bacan Al-Quran

* sentiasa dalam keadaan berwudhuk

* Introspeksi diri anda setiap hari sebelum tidur. Mintalah keampunan ALLAH atas setiap dosa yang dilakukan dan mohon ALLAH beri kekuatan untuk kekalkan kebaikan yang telah dilakukan

* berilah peluang kepada diri anda bersendirian supaya anda dapat meluangkan masa mengingati ALLAH dengan berzikir

* Bagi mereka yang mampu mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan amatlah digalakkan kerana berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, umrah yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan sama seperti mengerjakan haji.

* Mulakan amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.

* Luangkan masa solat sunat seperti solat sunat Rawatib,Dhuha dan Qiamualail

* Tambahkan Ilmu yang anda sangat perlukan semasa Ramadhan. Jangan sekali-kali menyangka bahawa anda tahu segala-galanya tentang bulan yang dinanti-nantikan hamba ALLAH yang soleh ini. Hasil bacaan juga boleh meningkatkan ghairah anda menyambut Ramadhan dan beribadah semahunya

* Bantulah orang lain yang memerlukan dengan ilmu, kudrat dan kebolehan yang ada

* Dekati orang-orang yang berilmu, orang-orang soleh dan sebagainya supaya anda dapat belajar lebih daripada mereka

* Luangkan sedikit masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja di sekitar anda dan bincanglah tentang Ramadhan yang bakal tiba,harapan,persiapan dan sebagainya.

rasanya tidak terlambat untuk kita melaksanakan persiapan2 menghadapi Ramadhan kali ini, walaupun masih tinggal seminggu lagi...masih ada masa lagi,,moga ALLAH sentiasa permudahkan hamba2Nya..

Salam menyamBut Bulan Ramadhan....

No comments:

Post a Comment