Monday, November 16, 2009

KELEBIHAN 10 HARI-HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 malam-malam terakhir Ramadhan.Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 hari-hari pertama dalam bulan Zulhijjah?Iman Al Bukhari rahimullah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini iaitu 10 Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di Jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)

Imam Ahmad r.a dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini,oleh itu,perbanyakkanlah padanya Tahlil (la Ilaha Illa Allah),Takbir (Allah Akbar) dan Tahmid (Alhamdu Lillah)

Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a bahawa baginda s.a.w bersabda ”Seutama-utama Hari adalah Hari Arafah”

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.Banyak Hadis menyatakan kelebihan ibadah ini diantaranya : Sabda Nabi s.a.w : Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan Haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga.

2. Berpuasa pada hari-hari terebut atau sekadar kemampuanya-terutamanya pada hari Arafah.Tidak dinafikan bahawa puasa adalah amalan di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan ALLAH,seperti yang dinyatakan di dalam Hadis Qudsi, Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya,makanan dan minumannya semata-mata keranaKu

3. Takbir (Alluhu Akbar) dan berzikir padanya, firman ALLAH s.w.t yang bermaksud (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum),hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibn Umar r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya Tahlil(La Illaha Illa Allah),takbir(Allah Akbar) dan Tahmid(Alhamdulillah)

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampuanan dan rahmat Allah.Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Alah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad,membaca alQuran meyeru kepada kebaikan,mencegah kepada kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardhu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan)pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11,12,dan 13 Zulhijah) Ia merupakan sunnah Nabi Ibrahim a.s setelah Allah mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan),hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kkkunya dan di dalan rowayat lain : Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat)ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan ketika mengerjakan haji dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah,maksudnya, Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan yang dibawa unutuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah itu sampai ke tempatnya. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemnya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan meggosokkan kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat sunat hari raya secara berjemaah,mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah berzikir,bersyukur, menunaikan perintah-Nya,menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunan.

No comments:

Post a Comment