Saturday, January 23, 2010

10 AMALAN YG TERBALIK


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-



1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan olehRasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

doa,tawakal,cinta

Hidup ini jika Allah bantu keajaiban akan berlaku. Percayalah kepada doa dan tawakal, di samping berusaha menurut prinsip-prinsip agama. Apabila Allah menolong kita tiada siapa lagi yang dapat melakukan apapun. Pertolongan dan kurnia Allah itu boleh menjelma dalam berbagai rupa dan bentuk, cuma kita yang selalu jahil untuk memahami kemakbulan doa yang pernah diminta.


Doaku
Banyak ungkapan doa yang mengandungi erti yang hebat yang diajar oleh Rasulullah SAW. Tidak perlu ajaran tarekat yang sebahagiannya mencipta wirid dan zikir rekaan, sehingga melupai keindahan wirid dan doa yang sahih yang diajar oleh Rasulullah SAW. Antara ungkapan doa yang amat menarik jiwa saya ialah doa yang baginda SAW ajar: Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata, (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani). Setiap kali ada kesempatan yang baik, di tempat yang baik dan di waktu yang baik, saya sering mengulangnya, walaupun entah kali ke berapa seratus atau ribu sekalipun. Ya! Jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata-mata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya. Namun, apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku. Usaha adalah tuntutan kehidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan. Allah boleh mengatur perjalanan ini apa yang disangka tewas oleh manusia, tetapi kejayaan yang berlaku, apa yang disangka kecewa oleh manusia, tetapi kebahagiaan yang memenuhi jiwa.Ajaibnya cinta, ajaibnya tawakkal. Semoga Allah tidak meninggal kita semua dalam merentasi kehidupan ini!


Cinta adalah kekuatan
yang mampu merubah
duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi cinta
itulah CINTA...
Sekalipun cinta telahku
uraikan dan ku jelaskan
panjang lebar
namun jika cinta
ku datangi ,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri....
meskipun lidaku telah mampu menguraikan
namum tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu
tergesa-gesa menulisnya....

kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta....

dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur...

Cinta itu sendirilah
yang menerangkan
cinta dan percintaan...


Sumber puisi cinta:
"ketika cinta bertasbih"

Saturday, January 9, 2010

WanItA

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu membesar menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap masih ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Aurat Wanita

salam ukhuwah dan mahabbah buat semua sahabat2 yg dikasihi...

InsyaALLah ana nak berkongsi sedikit mengenai ilmu yang berkaitan dgn aurat wanita yang ana dapat dari sahabat ana..Dalam kita mengejar untuk memperolehi keberkatan dan keredhaan ALLAH, kita tidak boleh mengambil mudah dengan perkara2 yang boleh jadi kita seringkali terlupa,sebagai contohnya mengenai kewajipan kita sebagai seorang muslimat untuk menutup aurat,,InsyaALLAH,entri pada kali ini sebagai peringatan untuk ana dan muslimat2 yang berada di luar sana..

1 . Bulu kening

Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )

" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan "
An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian

" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina "
Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada

" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "
An-Nur : 31

5 . Gigi

" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya "
Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah "
Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher

" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "

a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan

" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis .Sabda Rasullulah :
Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan

" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata

" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya "
An Nur : 31

Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "
Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara )

" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi "
Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) " An Nur : 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "
Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah "
Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12 . Pakaian

" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "
Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "
Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang "
Al Ahzab : 59

13 . Rambut

" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "
Riwayat Bukhari dan Muslim

" Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk, burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "


Wassalam..
___________________________________________________
Lukman Al-Hakim berkata :

Hai anakku! Apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.

Thursday, January 7, 2010

sebulan dah berlalu...

salam ukhuwah...


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoret dalam blog ni walaupun sudah sebulan lebih tidak mengusik blog ini..ye,,sebulan dan berlalunya nye cuti,,,dalam masa sebulan ini pelbagai perkara telah berlaku..dari yg sekecil2nya hinggalah sebesar2nya...


Belajar dari kesilapan..itulah kata kuncinya...apabila kita ditimpa masalah yg byk..datang sekaligus kepada kita,,kita akan berasa sangat lemah... bila kita lemah, akan rasa yang kita akan gagal dalam menyelesaikan atau menguruskan sesuatu perkara itu dgn jayanya...kita x dpt buat yang terbaik...akan wujudnya dalam hati..ye ini semuanya salah aku..aku x dpt buat yg terbaik..dalam kita kebingungan,hadir sahabat2 yang sentiasa beri sokongan pada kita...sahabat memberi nasihat,kata2 semangat untuk teruskan lagi perjuangan..tidak mudah putus asa,,tidak gentar dan tabah menghadapinya...semua cabaran yang berlaku adalah satu tarbiyah (didikan) untuk kita lebih maju di masa hadapan..Alhamdulillah bersyukur pada ALLAH,dikurniakan sahabat2,teman2 yang sentiasa mendampingi diri...


Ali r.hu pernah bermadah :
"Temanmu yang sebenarnya ialah orang yang ada bersamamu dan orang yang menyusahkan dirinya supaya ia bermanfaat kepadamu"



Berkata setengah ulama juga :
"Janganlah kamu berteman selain dari salah seorang dari dua : orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu.Maka ia memanfaatkan kepadamu..atau orang yang engkau ajarkan sesuatu tentang urusan agamanya..lalu diterima daripadamu"



Dugaan,cabaran yang datang pada kita bukanlah bermakna ALLAH tidak sayangkan kita,malah ALLAH lebih menyanyangi kita...dan semua yang berlaku ada hikmahnya yg tersembunyi,,yang akan kita rasai suatu hari nanti sama ada cepat atau lambat sahaja..dan pada masa yang sama ALLAH hendak menguji kita sebagai hambaNya tahap bersangka baik kita pada ALLAH..



''ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya" (surah AlBaqarah ayat 286)


"Cukuplah ALLAH bagiku,tidak ada Tuhan lain selain dari NYA.Hanya kepadaNya aku bertawakkal" (Surah al Taubah ayat 129)

Wallahualam...

Thursday, November 19, 2009

Alhamdulilah,segala puji dan syukur dipanjatkan kepada ALLAH S.W.T,Tuhan yang Maha Agung yang tidak pernah sesaat pun terlalai memerhatikan kita.Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi S.A.W,kaum keluarganya,para sahabat,para tabiein para pejuang Islam disepanjang zaman yang telah berjuang sehingga kita tersentuh dengan nikmat Iman dan nikmat Islam…

Alhamdulilah,berakhirnya sesi menuntut ilmu semester 3 di bumi kampus yg permai ini,,selepas sahaja menyelesaikan paper Organizational behavior kelmarin..kini,masih berbaki 5 semester lagi untuk saya teruskan perjuangan dalam mencari ilmu...hari-hari yang mendatang InsyaALLAH ditempuhi dengan sabar dan tabah…InsyaALLAH..

Rasa terlalu lama tidak mengarang,tidak menulis…tidak bertinta ayat2 yang meluahkan segala yang terbuku di hati..sebelum ini,hanya sentiasa mengarang diminda akal sahaja..hari-hari berangan untuk mengarang n menulis,,hendak tahurasanya apabila diri reti untuk menulis..mungkin disebabkan kurangnya membaca..maka idea untuk mencipta kata-kata sukar untuk dilakukan..Mungkin juga saya tidak pernah untuk mencuba mencipta,mengarang dan menulis..
InsyaALLAH dengan cuti sebulan ini akan saya penuhi dengan membaca bahan ilmiah dan belajar untuk mengarang.hehe..mungkin selepas ini blog ini lebih terhias dengan karya saya sendiri,InsyaALLAH..
::Sahabat2 yang dirahmati ALLAH sekalian,sudilah kiranya berkongsi dengan saya tips2 mengarang dan menulis dengan baik,,tegurlah saya sekiranya selepas ini penulisan saya tidak bersesuaian dan tidak elok bahasanya::



Monday, November 16, 2009

KELEBIHAN 10 HARI-HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 malam-malam terakhir Ramadhan.Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 hari-hari pertama dalam bulan Zulhijjah?Iman Al Bukhari rahimullah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini iaitu 10 Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di Jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)

Imam Ahmad r.a dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini,oleh itu,perbanyakkanlah padanya Tahlil (la Ilaha Illa Allah),Takbir (Allah Akbar) dan Tahmid (Alhamdu Lillah)

Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a bahawa baginda s.a.w bersabda ”Seutama-utama Hari adalah Hari Arafah”

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.Banyak Hadis menyatakan kelebihan ibadah ini diantaranya : Sabda Nabi s.a.w : Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan Haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga.

2. Berpuasa pada hari-hari terebut atau sekadar kemampuanya-terutamanya pada hari Arafah.Tidak dinafikan bahawa puasa adalah amalan di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan ALLAH,seperti yang dinyatakan di dalam Hadis Qudsi, Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya,makanan dan minumannya semata-mata keranaKu

3. Takbir (Alluhu Akbar) dan berzikir padanya, firman ALLAH s.w.t yang bermaksud (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum),hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibn Umar r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya Tahlil(La Illaha Illa Allah),takbir(Allah Akbar) dan Tahmid(Alhamdulillah)

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampuanan dan rahmat Allah.Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Alah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad,membaca alQuran meyeru kepada kebaikan,mencegah kepada kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardhu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan)pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11,12,dan 13 Zulhijah) Ia merupakan sunnah Nabi Ibrahim a.s setelah Allah mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan),hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kkkunya dan di dalan rowayat lain : Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat)ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan ketika mengerjakan haji dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah,maksudnya, Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan yang dibawa unutuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah itu sampai ke tempatnya. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemnya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan meggosokkan kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat sunat hari raya secara berjemaah,mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah berzikir,bersyukur, menunaikan perintah-Nya,menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunan.